Tiga sifat tanda kesempurnaan iman
2010/05/05
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.” (Hadis riwayat Ahmad) Harta benda atau wang ringgit kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya.
Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) dan dan fizikal (material, intelektual) di mana semua komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.
Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwah yang dituntut Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap Muslim menjalani kehidupan bermasyarakat bagi melahirkan perasaan saling hormat menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang.
Ingat mati, ingat sakit
ReplyDeleteIngatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali.